Thursday, March 25, 2010

Pelajar UTHM Kemalangan

Keadaan motosikal dan kereta selepas perlanggaran


Kesan seretan kereta pada permukaan jalan


Kelihatan kesan pecah pada cermin kereta akibat dari lantunan mangsa..

Kejadian berlaku pada pukul 11.25 pm apabila mangsa yang merupakan pelajar UTHM dikatakan telah melanggar isyarat merah dan dilanggar oleh kereta Viva yg dari arah Batu Pahat..kemungkinan besar berlakunya kemalangan ini adalah disebabkan oleh penukaran isyarat sistem 'countdown timer' nya..

Sunday, March 21, 2010

Banyak Bercakap Serlahkan Kelemahan


Seseorang Muslim mesti memelihara lidahnya daripada menuturkan kata-kata tidak berfaedah, percakapan kosong, mengumpat dan mengadu domba. Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam memberi banyak peringatan mengenai perkara itu dan antaranya, sabda Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam: Tidaklah dihumban muka manusia ke dalam Neraka itu sabagai hasil ‘tuaian’ (ejekan) lidahnya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam juga bersabda : Bukanlah dia seorang mukmin (jika) dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji.” (Riwayat at-Tirmizi). Pesan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam: Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan sesiapa yang banyak dosanya, api Nerakalah paling layak untuknya.” (Diriwayatkan oleh Baihaqi.)

Imam Nawawi ketika membicarakan hal yang sama berkata, ketahuilah, seseorang mukalaf itu sewajarnya menjaga lidahnya daripada sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan.

Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama saja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri. Percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh. Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam.” (Riwayat Bukhari & Msulim.)

Hadis di atas membawa maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata, hanya kepada perkara yang memberi kebaikan kepada dirinya dan orang lain. Jika tidak dapat memberi sesuatu yang membawa kebaikan, maka adalah lebih baik berdiam diri saja.

Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam ditanya mengenai kelakuan yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam Syurga. Jawab Baginda: Taqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan keindahan akhlak.” Ketika Baginda ditanya apakah yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam Neraka? Baginda menjawab: Kejahatan mulut dan kemaluan.” Sabda Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lagi: Sesiapa mengawal lidahnya (daripada memperkatakan kehormatan orang), maka Allah akan menutup kecelaannya (hal yang memalukan). Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya daripada seksaan-Nya. Dan sesiapa yang meminta kelonggarannya kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya.” (Hadis riwayat Ibnu Abib-Dunya.)

Ibnu Abib-Dunya meriwayatkan, Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tidak akan lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seseorang hamba tidak masuk Syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatannya.”

Begitulah pentingnya seseorang itu memelihara lidahnya daripada percakapan yang buruk, keji dan tidak mendatangkan faedah langsung. Allah Subhanahu wa Ta'ala mengurniakan hambaNya dengan sebaik-baiknya nikmat dan nikmat lidah yang diberikan, hendaklah digunakan ke jalan yang diredhaiNya. Ingatlah bahawa alam Akhirat bukan perkara yang main-main.



"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya menggagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering, dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur; Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras (berat), dan keampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." surah Al-Hadid, 20.

Apa yang baik itu datangnya dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan yang buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri.


Thursday, March 18, 2010

Aku Terima Nikahnya Siri-3


Buku terbaru hasil tulisan Ustadz Hasrizal Abdul Jamil..
Secebis harapan dari ustadz..

"Alhamdulillah, di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 kali ini, saya beroleh rezeki untuk berkongsi dua lagi buku terbaru buat pembaca semua. Secangkit Teh Pengubat Letih, himpunan travelog kembara saya di bumi Khilafah, Turki. Manakala Murabbi Cinta pula, adalah siri ke-3 di dalam kategori Aku Terima Nikahnya, buku yang menjadikan cinta sebuah Tarbiah, dan bermurabbikan seorang Nabi (sallallaahu ‘alayhi wa sallam)."

Sebahagian biodata tentang diri Ustadz Hasrizal..

Hasrizal holds a Bachelor of Sharia & Islamic Studies (Honours) from Mu’tah University, Jordan. Previously Hasrizal attended Izzuddin Shah School in Ipoh 88-92.

Building on his experience as Minister of Religion in Belfast Islamic Centre Northern Ireland, and several Islamic centres in the Republic of Ireland, as well as Assistant Director at Fitrah Perkasa, a training and consultancy firm in Malaysia, Hasrizal became the first Visiting Counselor and Muslim Chaplain at Malaysia’s National Heart Institute(IJN) in February 2007.

Earlier, Hasrizal was a public researcher at Research Centre for Islamic Art, History and Culture (IRCICA) Istanbul.

He is now a full time trainer at his own newly established consultation firm, Saifulislam Training & Consultancy(001813528-P).

Hasrizal who successfully launched his best seller book, AKU TERIMA NIKAHNYA, is also a columnist for ANIS (Galeri Ilmu), MAJALAH I (Karangkraf) and SOLUSI (Telaga Biru)

Married to Dr. Nazhatul Muna Ahmad Nasarudin, an Emergency Medicine Physician Registra in UKM Medical Centre (UKMCC), they are blessed with four beautiful kids, Muhammad Saiful Islam (2002), Naurah Sabihah (2004), Muhammad Imaduddin (2006) and Ahmad Muizzuddin (2009).

Bagi mereka yang belum mendapatkan buku ini..harap dapatkan segera..


Surat seorang ibu..;-(



video

Video yang memaparkan kisah seorang ibu yang menulis surat untuk anak-anaknya..Perit getir seorang ibu yang menjaga dan membesarkan kita dari kecil hingga dewasa..Wahai anak-anak diluar sana, ambillah iktibar ini..Tanyalah khabar ibu dan ayah kita di kampung..Jangan biarkan mereka tertanya-tanya bagaimana keadaan kita yang berada jauh dari mereka..Jagalah hati mereka..Sesungguhnya tanpa mereka..Siapa kita di dunia ini..Ibu, kaulah ratu hatiku..-Bazlie2010

Tuesday, March 16, 2010

At-10-tion



Perhatian untuk semua student FKAAS 3 BFF EX-DIP POLI..satu brieffing untuk survey camp akan diadakan pada 18 March nanti di DKA G3..Kehadiran adalah diwajibkan..

Kemalangan Di Parit Raja

Myvi yang remuk teruk di bumper depan


Gambar tak clear sangat..Keta banyak lalu-lalang time aku ambik gamba nie..


Keadaan kenderaan yang terlibat

Aku bergegas ke tempat kejadian setelah menerima khabar dari member umah..Keadaan myvi nampaknya rosak teruk berbanding dengan toyota rush..kejadian berlaku apabila myvi yang ingin melintas jalan dari melewar ke perwira tidak dapat mengawal kenderaannya lalu dilanggar toyota rush dari arah batu pahat..sebuah motosikal yang datang dari arah belakang tak sempat mengelak lalu melanggar belakang myvi..tiada kemalangan jiwa..sekian laporan dari aku..




Monday, March 15, 2010

Gamba Family



Kenduri Echah, Pasir Gudang, Johor
Posted by Picasa

Syukur..Aku masih disini..

video

Lagu yang amat memberi makna..Kadang-kadang tanpa kita sedari ada bait-bait yang tersisip kukuh di dalam liriknya...

Related Posts with Thumbnails