Wednesday, September 9, 2009

Sekadar Renungan Bersama



Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi..

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal....

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal...

Monday, August 10, 2009

///...Chenta...///

Erti Tangisan..


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;" (Surah An-Najm 53:43)

Air mata yang tiada di tuntut

1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
2 . Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
3. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
4. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang ! bersedekah buat amalan.
5. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah SAW bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

Wallahua'lam

http://www.e- jariah.net/ feezah




Thursday, July 30, 2009

Renungan Bersama

SESUNGGUHNYA HARAM BAU SYURGA BAGI KU SEANDAINYA AKU DERHAKA KEPADA KEDUA ORANG TUAKU..
AKU RINDUKAN MEREKA, YA ALLAH..
AKU INGIN TEMUI MEREKA SEKARANG YA ALLAH...
AKU KHUATIR.. TIADA LAGI KESEMPATAN BUATKU MENEMUI MEREKA..
ANDAI BUKAN AKU YG PERGI MENINGGALKAN MEREKA.. MEREKA YANG AKAN KEMBALI MENEMUIMU..
OLEH ITU... AKU MOHON KAU MATIKAN AKU SEBELUM AKU BERPELUANG MENJADI ANAK DERHAKA....
AKU CINTAI MEREKA, YA ALLAH..
AKU SAYANG MEREKA, YA ALLAH..
NAMUN AKU TAK PANDAI MENZAHIRKANNYA...
LISANKU BIADAB TERHADAP MEREKA, YA ALLAH..
KATA-KATAKU LANCANG MESKIPUN AKU SEDAR MEREKALAH ORANG TUAKU..


OLEH, KAU LEMBUTKANLAH LISANKU..
KAU ZAHIRKAN KASIHKU KEPADA MEREKA, YA ALLAH..
AGAR MEREKA DAPAT RASA.. YG PENGORBANAN MEREKA KEPADAKU SELAMA INI BERBALOI, YA ALLAH..
CUKUPLAH SEKADAR BERBALOI BAGI MEREKA, YA ALLAH..
KERANA AKU TIDAK MAMPU MEMBALAS JASA MEREKA, YA ALLAH..
ANDAINYA AKU DAPAT BERKHIDMAT PADA MEREKA DUNIA DAN AKHIRAT, TETAP TIDAK AKAN SETIMPAL DENGAN JASA MEREKA MELAHIR DAN MEMBESARKAN AKU, YA ALLAH..
AKU HAMBAMU YG HINA, YA ALLAH..
AKU HAMBAMU YG LEMAH, YA ALLAH..
AKU TEWAS BILA SYAITAN MENIUP-NIUP API KEMARAHANKU..
NAFSU AMARAHKU SUKAR DIBENDUNG, YA ALLAH..
OLEH ITU..
AKU MOHON KAU LINDUNGI DAN BANTULAH AKU...
AGAR MENJADI ANAK YG SOLEH...
YG DAPAT MEMBERI BEKALAN KEPADA ORANG TUAKU KELAK..

AMIN, AMIN YARABBALA'LAMIN..

Pelajar Aeronautik Di UTHM

BATU PAHAT 22 Julai - Seramai 25 pelajar akan diambil Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk mengikuti pengajian baru jurusan Kejuruteraan Aeroneutik (Penerbangan Profesional) pertengahan tahun depan.
Naib Canselor UTHM, Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, mereka merupakan kumpulan pertama yang bakal dianugerahkan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeroneutik dengan kepujian serta lesen juruterbang apabila menamatkan pengajian selama empat tahun.
Menurutnya, pengajian sulung dijangka bermula Julai tahun depan di kampus UTHM Sri Gading bagi program Sarjana Muda.
''Manakala latihan juruterbang pula akan dijalani pelajar di Asia Pacific Flight Training (APFT), di Kota Bharu, Kelantan yang diiktiraf oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCAM)," katanya.
Beliau berkata demikian selepas dua upacara menandatangani Memorandum Perjanjian antara UTHM dengan APFT dan antara UTHM dengan EMC Management Centre Sdn. Bhd., di UTHM di sini semalam.
UTHM diwakili Mohd. Noh manakala APFT oleh Pengerusinya, Datuk Faruk Othman dan EMC Management Centre pula oleh Pengarah Urusan EMC Training Sdn.Bhd., Hamid Abdullah.
Mohd. Noh berkata, UTHM merupakan universiti pertama di negara ini yang akan melahirkan jurutera sekali gus berkelayakan menerbangkan pesawat komersial.
''Segala kemudahan makmal telah pun disediakan dan sebab itu kami memberanikan diri untuk memulakan pengajian tersebut," katanya.
Selain itu, menurut beliau, pihaknya juga sedang giat membangunkan prasarana di Lapangan Terbang Tanjung Labuh yang terletak kira-kira 30 kilometer dari kampus UTHM.
Menurutnya, lapangan terbang itu asalnya milik DCAM dan segala kemudahan yang sedia ada ditingkatkan oleh UTHM.
Mengenai kelayakan kemasukan, beliau berkata, selain memiliki kelulusan biasa untuk program ijazah, calon diwajibkan mempunyai minat dalam bidang tersebut dan benar-benar sihat.
''Setiap calon akan diperiksa kesihatannya dan mereka yang benar-benar sihat sahaja diambil," katanya.
Sementara itu, Faruk berkata, program itu merupakan usahasama pertama dijalinkan pihaknya dengan IPTA di negara ini.
''Kami akan memastikan semua kadet juruterbang menerima latihan berkualiti di APFT dan mempunyai daya saing yang tinggi di pasaran penerbangan," katanya.
Menurut beliau, struktur program itu mengandungi dua bahagian iaitu pelajar akan mengikuti pengajian bahagian pertama di UTHM selama dua tahun dan kemudian ke akademi APFT bagi tempoh pengajian selanjutnya selama 18 hingga 20 bulan.
''Pengambilan pelajar pertama bagi program ini ialah pada sesi 2010/ 2011," katanya.

Berita Di UTHM

UTHM gempar, KI UTHM mahu dibubarkan

· [Kemas Kini] Batu Pahat 23 Julai 2.40pm Kampus Universiti Tun Husein Onn Malaysia (UTHM) semakin panas dengan berita pembubaran Kelab Iqra’ UTHM (Ki UTHM).

Kelab yang merupakan persatuan utama untuk mahasiswa Islam UTHM sebagaimana Persatuan-Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di kampus lain didakwa akan dibubarkan oleh pentadbiran universiti berkenaan.

Presidennya, Hadi Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan bahawa wujud usaha terancang untuk membubarkan persatuan pimpinannya itu.

Beliau juga dimaklumkan bahawa ura-ura pembubaran Ki UTHM bermula apabila Pengarah Pusat Islam UTHM, Prof Madya Dr Husain Othman membentangkan usul mengenainya dalam Mesyuarat bersama Ketua-Ketua Pusat/Pejabat di bawah TNC HEPA.

Dr Husain mencadangkan agar Kelab Iqra’ dikeluarkan daripada Pusat Islam dan dikembalikan kepada Pejabat HEP memandangkan beberapa tindakan Kelab Iqra’ dianggap menyusahkan Pusat Islam.

Maklumat dalaman persatuan tersebut memaklumkan bahawa agenda membubarkan Ki UTHM turut sama melibatkan Timbalan Pendaftar HEP, Encik Abdul Malek Ibrahim dan Pengarah Pusat Islam sendiri.

Menurutnya, keadaan lebih parah dan pembubaran persatuan tersebut dikatakan semakin menjadi kenyataan apabila Encik Abdul Malek Ibrahim didakwa mengusulkan isu berkenaan dalam mesyuarat bersama TNC HEPA semasa cuti semester yang lepas.

Persatuan tersebut dianggap tidak membawa manfaat kepada warga kampus sebaliknya menyusahkan pentadbiran universiti.

Dalam pada itu, persatuan tersebut juga didakwa mempunyai pertalian dengan Pakatan Rakyat khususnya Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Walaubagaiamanpun Timbalan Naib Canselor HEPA, Dr Amir Hashim Mohd Kassim tidak membuat keputusan secara tergesa-gesa sebaliknya akan bertemu dahulu dengan pimpinan persatuan tersebut bagi mendengar penjelasan berkenaan isu berkenaan.

Isu Masjid Baru

Isu tersebut dikatakan mula tercetus apabila berlaku krisis berkaitan pembinaan masjid kampus berkenaan.

Masjid yang baru yang akan menggantikan masjid lama telah dipersetujui supaya dibina di dalam kampus, namun mendapat tentangan beberapa ahli politik luar yang mahu tempat ibadat tersebut dibina di luar.

Dipercayai hasrat ahli politik tersebut lebih bersifat individu dan mengambil kesempatan membina imej di kepada penduduk kawasan tersebut.

Kedudukan masjid di dalam kampus sebelum ini dipersetujui kerana lebih strategik.

Beberapa pegawai universiti mendakwa Naib Canselor kampus berkenaan dipercayai ditekan oleh pihak luar.

“Kami hairan bagaimana dia (Naib Canselor) membantah masjid buat (bina) di dalam (kampus), padahal sebelum ini sememangnya semua dah bersetuju,” ujar ahli persatuan tersebut.

Memberi reaksi kepada isu berkenaan, Ki UTHM telah menghantar memorandum menyatakan pendirian tidak bersetuju kepada Menteri Pengajian Tinggi,Y.B Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pentadbiran kampus berkenaan khususnya Pusat Islam didakwa tidak berpuas hati dengan tindakan persatuan tersebut. Mereka didakwa tidak mengikut prosedur dan tidak menghormati pentadbiran.

Namun perkara tersebut dimaklum selesai apabila mufti memberi kata putus supaya pembinaan masjid di laksanakan di dalam kampus seperti yang diputuskan sebelum ini.

Mufti negeri tersebut cuba dihubungi, tetapi gagal. Beberapa pegawai pejabat mufti memaklumkan mufti menghadiri mesyuarat tergempak sejak seminggu lalu di Putrajaya.

Dalam pada itu, persatuan berkenaan dimaklumkan akan mengambil tindakan berjumpa dengan pentadbiran kampus berkenaan secepat mungkin bagi mendapat penjelasan sebenar.

Wednesday, July 29, 2009

' Antara Sahabat Dan Kekasih ?'

Friday, June 12, 2009

Awat jadi sampai mcm nie???

Satu lagi email yang ku dapat dari member..Ermm..ntahla..kadang2 terpikir sebab pa mamat nie sanggup print out dia punya t shirt dengan tulisan macam tue..rasa-rasanya nak tunjuk dia nie punyai hati kering kot..haha..Tapi setiap tindakan tue mestilah diikuti dengan nia yang baek..tak semestinya nak kena buat keja yang tak sepatutnya..so, pikir-pikirkanlah..Anda mungkin punyai pandangan berbeza?..Tak salah untuk tinggalkan comment sebarang dua..:)

Senyuman Itu Ubat Kesunyian..

SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat.
Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyakkat bebudak lain.
Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adikjer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki
basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkautak tahu, aku lagi la tak tahu".

DOKTOR

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT , kerana telinganyadi masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa .....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa... .
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh

Thursday, June 11, 2009

Aeman - Buatmu Ibu

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

Happy Mothers Day


Rasanya masih tak lambat untuk ku mengucapkan selamat hari ibu kepada ibuku @ "mak"..semoga mak berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari yang maha esa..terima kasih diatas segala kasih sayang, nasihat, panduan yang diberikan selama ini..sesungguhnya anak mak nie mendoakan yang terbaik untuk keluarga kita..dan untuk semua..




Wednesday, June 3, 2009

Cinta?..Jodoh?...


Antara benda yang paling menarik aku terima dalam email hari ini adalah artikel ini..sempat juga membacanya sepintas lalu..Banyak benda yang boleh dipelajari, di cedok, diamalkan..Apapun bacalah ia dengan penuh ketetapan hati, kerana sesungguhnya cinta bukanlah segala-galanya..


Renungkanlah Sedalam-dalamnya…

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya.

Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.


Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.


Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.


Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya..


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya..Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus..


Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak! ? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?


Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?


Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.


Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.


"Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."


"Cinta yang disemadi! kan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."



Wednesday, May 6, 2009

Qibla Locator..

Salam semua..Qibla Locator adalah laman web yang akan menunjukkan arah kiblat menggunakan Google Earth..Anda hanya perlu menaip lokasi anda dan seterusnya kedudukan kiblat akan ditunjukkan..Contohnya lokasi diatas adalah di kawasan Parit Raja, Batu Pahat, Johor..
*Lokasi pada gambar di atas adalah salah sebuah masjid di pekan Parit Raja..

Cari Arah Kiblat - Qibla Locator (Klik Disini)

Ihsan Blog Aku Sape

Tuesday, April 14, 2009

Bacalah Surah Yassin


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi
kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang
dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya..
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah
meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10.. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada
penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai
hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah
Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-
Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka
membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat
berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya
diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut
menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka
membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa
minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya
dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa
sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang
sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah
Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya
di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan
amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang
daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini,
dia adalah orang-orang yang munafik



Final exam is coming!!!

salam semua..maafla kerana sudah lama ana x post sebarang aktiviti di blog ini..kerana byk sungguh kekangannya..bermula dgn keluarnya ana dari sebuah ipta dan akhirnya kembali jugak ke ipta yg laen..dan juga masalah-masalah laen yang menghantui diri..InsyaAllah dgn kudrat dan tenaga yang dikurniakan oleh Allah, ana akan terus berusaha untuk memaparkan secebis kehidupan ana untuk tatapan semua..ana akan pelbagaikan lagi maklumat-maklumat diblog ini..apepun, ana ingin mengucapkan selamat berjuang buat semua rakan-rakan di UTHM dan semua rakan-rakan di IPTA laen yang akan menghadapi peperiksaan akhir untuk semester ini..Semoga Allah sentiasa merahmati kalian semua..Sekian coretan kali ini..
Related Posts with Thumbnails