Wednesday, August 11, 2010

Radix Chocolate Cookies


Biskut Radix ini diadun bersama tujuh jenis herba seperti yang terdapat di dalam Kopi Radix iaitu Tongkat Ali, Teja Lawang, Tebu Gajah, Mata Pelanduk, Mengkudu Hutan, Larak Hutan dan Halban. Ia menjadikan Biskut Radix bukan sekadar biskut biasa untuk mengalas perut, tetapi turut menjaga kesihatan.

Sinergikan Radix Cookies dengan Kopi Radix, ia akan memberikan kesan berikut:

  • Makanan terbaik bagi orang yang sihat
  • Makanan pilihan bagi orang yang sakit
  • Baik untuk pesakit yang baru selesai menjalani pembedahan
  • Kecergasan untuk anak-anak dan menguatkan otot
  • Pemberi tenaga segera
  • Baik untuk ibu lepas bersalin


HARGA JUALAN = RM5.00

Khas untuk pelajar UTHM, penghantaran akan dilakukan dari rumah ke rumah.

Sila hubungi saya jika berminat untuk membeli, Shahrul - 019 5218570

Kismis Minda HPA


Khas untuk mereka yang berminat dengan produk HPA. Kali ini saya ada menjual Kismis Minda HPA sesuai bagi pelajar-pelajar yang senantiasa sibuk menelaah pelajaran. InsyaAllah dapat membantu dalam kecerdasan daya pemikiran.

Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Penggunaan kismis (vitis vinifera) dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa. Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya.

Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot.

Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.


HARGA JUALAN = RM9.00

Khas untuk pelajar UTHM, penghantaran akan dilakukan dari rumah ke rumah.

Sila hubungi saya jika berminat untuk membeli, Shahrul - 019 5218570




Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa


Berikut adalah jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Daerah Batu Pahat, Muar Ledang, Segamat dan Gemas Johor bagi tahun 1431H / 2010M

Salam Ramadan


Salam Ramadan saya ucapkan kepada pengunjun setia blog ini..Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan kepada semua..Banyakan amalan kurangkan perkara mungkar, nescaya puasa kita akan lebih bermakna..

Monday, August 9, 2010

Pelajar UTHM Kemalangan

TRAUMA...Jafni (duduk) sugul selepas abangnya maut akibat merempuh lori kargo


SEREMBAN: “Sebelum memasuki simpang berkenaan, saya tidak perasan ada sebuah lori berhenti tetapi bernasib baik kerana sempat mengelak daripada melanggarnya. Difahamkan, Muhammad Jafni dan abangnya yang juga pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) masing-masing menunggang motosikal Yamaha 135 LC dalam perjalanan dari universiti itu di Batu Pahat, Johor, menuju ke rumah bapa saudara mereka di Seremban Jaya, di sini.

Mereka yang menuntut di universiti sama dikatakan menunggang motosikal secara berasingan berikutan mangsa tinggal di asrama manakala adiknya menetap di rumah sewa berdekatan di Johor.
Muhammad Jafni berkata, dia tidak berupaya berbuat apa-apa apabila melihat keadaan abangnya kerana terlalu terkejut.
“Ketika itu saya terpaksa meminta bantuan orang awam yang prihatin untuk memaklumkan kejadian itu kepada keluarga,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.“Saya sedih kerana dia (abang) bukan saja tidak dapat melawat bapa saudara, malah turut tidak sempat menyambut ulang tahun kelahirannya ke-24 hari ini (semalam),” katanya.
Muhammad Jafni berkata, jenazah abangnya yang selesai dibedah siasat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) dituntut tengah hari semalam.
Sementara itu, jurucakap polis berkata adik mangsa yang menunggang motosikal di depan sempat mengelak lori terbabit hanya kira-kira 50 meter sebelum itu, namun abangnya gagal berbuat demikian kerana kawasan berkenaan gelap dan tiada lampu jalan.
Menurut jurucakap itu, pihaknya kini mengesan pemandu berkenaan yang melarikan diri dan orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, Inspektor Mohd Hafizal Zainal Abidin di talian 06-6033394 atau balai polis berdekatan.




Related Posts with Thumbnails