Wednesday, September 9, 2009

Sekadar Renungan Bersama



Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi..

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal....

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal...

Monday, August 10, 2009

///...Chenta...///

Erti Tangisan..


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;" (Surah An-Najm 53:43)

Air mata yang tiada di tuntut

1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
2 . Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
3. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
4. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang ! bersedekah buat amalan.
5. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah SAW bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

Wallahua'lam

http://www.e- jariah.net/ feezah




Thursday, July 30, 2009

Renungan Bersama

SESUNGGUHNYA HARAM BAU SYURGA BAGI KU SEANDAINYA AKU DERHAKA KEPADA KEDUA ORANG TUAKU..
AKU RINDUKAN MEREKA, YA ALLAH..
AKU INGIN TEMUI MEREKA SEKARANG YA ALLAH...
AKU KHUATIR.. TIADA LAGI KESEMPATAN BUATKU MENEMUI MEREKA..
ANDAI BUKAN AKU YG PERGI MENINGGALKAN MEREKA.. MEREKA YANG AKAN KEMBALI MENEMUIMU..
OLEH ITU... AKU MOHON KAU MATIKAN AKU SEBELUM AKU BERPELUANG MENJADI ANAK DERHAKA....
AKU CINTAI MEREKA, YA ALLAH..
AKU SAYANG MEREKA, YA ALLAH..
NAMUN AKU TAK PANDAI MENZAHIRKANNYA...
LISANKU BIADAB TERHADAP MEREKA, YA ALLAH..
KATA-KATAKU LANCANG MESKIPUN AKU SEDAR MEREKALAH ORANG TUAKU..


OLEH, KAU LEMBUTKANLAH LISANKU..
KAU ZAHIRKAN KASIHKU KEPADA MEREKA, YA ALLAH..
AGAR MEREKA DAPAT RASA.. YG PENGORBANAN MEREKA KEPADAKU SELAMA INI BERBALOI, YA ALLAH..
CUKUPLAH SEKADAR BERBALOI BAGI MEREKA, YA ALLAH..
KERANA AKU TIDAK MAMPU MEMBALAS JASA MEREKA, YA ALLAH..
ANDAINYA AKU DAPAT BERKHIDMAT PADA MEREKA DUNIA DAN AKHIRAT, TETAP TIDAK AKAN SETIMPAL DENGAN JASA MEREKA MELAHIR DAN MEMBESARKAN AKU, YA ALLAH..
AKU HAMBAMU YG HINA, YA ALLAH..
AKU HAMBAMU YG LEMAH, YA ALLAH..
AKU TEWAS BILA SYAITAN MENIUP-NIUP API KEMARAHANKU..
NAFSU AMARAHKU SUKAR DIBENDUNG, YA ALLAH..
OLEH ITU..
AKU MOHON KAU LINDUNGI DAN BANTULAH AKU...
AGAR MENJADI ANAK YG SOLEH...
YG DAPAT MEMBERI BEKALAN KEPADA ORANG TUAKU KELAK..

AMIN, AMIN YARABBALA'LAMIN..

Pelajar Aeronautik Di UTHM

BATU PAHAT 22 Julai - Seramai 25 pelajar akan diambil Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk mengikuti pengajian baru jurusan Kejuruteraan Aeroneutik (Penerbangan Profesional) pertengahan tahun depan.
Naib Canselor UTHM, Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, mereka merupakan kumpulan pertama yang bakal dianugerahkan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeroneutik dengan kepujian serta lesen juruterbang apabila menamatkan pengajian selama empat tahun.
Menurutnya, pengajian sulung dijangka bermula Julai tahun depan di kampus UTHM Sri Gading bagi program Sarjana Muda.
''Manakala latihan juruterbang pula akan dijalani pelajar di Asia Pacific Flight Training (APFT), di Kota Bharu, Kelantan yang diiktiraf oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCAM)," katanya.
Beliau berkata demikian selepas dua upacara menandatangani Memorandum Perjanjian antara UTHM dengan APFT dan antara UTHM dengan EMC Management Centre Sdn. Bhd., di UTHM di sini semalam.
UTHM diwakili Mohd. Noh manakala APFT oleh Pengerusinya, Datuk Faruk Othman dan EMC Management Centre pula oleh Pengarah Urusan EMC Training Sdn.Bhd., Hamid Abdullah.
Mohd. Noh berkata, UTHM merupakan universiti pertama di negara ini yang akan melahirkan jurutera sekali gus berkelayakan menerbangkan pesawat komersial.
''Segala kemudahan makmal telah pun disediakan dan sebab itu kami memberanikan diri untuk memulakan pengajian tersebut," katanya.
Selain itu, menurut beliau, pihaknya juga sedang giat membangunkan prasarana di Lapangan Terbang Tanjung Labuh yang terletak kira-kira 30 kilometer dari kampus UTHM.
Menurutnya, lapangan terbang itu asalnya milik DCAM dan segala kemudahan yang sedia ada ditingkatkan oleh UTHM.
Mengenai kelayakan kemasukan, beliau berkata, selain memiliki kelulusan biasa untuk program ijazah, calon diwajibkan mempunyai minat dalam bidang tersebut dan benar-benar sihat.
''Setiap calon akan diperiksa kesihatannya dan mereka yang benar-benar sihat sahaja diambil," katanya.
Sementara itu, Faruk berkata, program itu merupakan usahasama pertama dijalinkan pihaknya dengan IPTA di negara ini.
''Kami akan memastikan semua kadet juruterbang menerima latihan berkualiti di APFT dan mempunyai daya saing yang tinggi di pasaran penerbangan," katanya.
Menurut beliau, struktur program itu mengandungi dua bahagian iaitu pelajar akan mengikuti pengajian bahagian pertama di UTHM selama dua tahun dan kemudian ke akademi APFT bagi tempoh pengajian selanjutnya selama 18 hingga 20 bulan.
''Pengambilan pelajar pertama bagi program ini ialah pada sesi 2010/ 2011," katanya.

Related Posts with Thumbnails