Monday, December 1, 2008

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."


Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.


"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."


Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.


Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.

Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-
"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari
kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali
mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki
oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu'!!!"


KEISTIMEWAANNYA

---------------------
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a. w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"


Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya.

Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Saturday, April 12, 2008

mp3 untuk didownload

The Rock - Kamu Kamulah Syurgaku.mp3

Kaedah senang mengira hantaran

Kepada semua di luar sana yang berhajat untuk berumah tangga tapi masih tidak tahu lagi berapa jumlah hantaran yang perlu disediakan bolehla klik dekat link dibawah ini..Kaedah ini aku pun xtau mcm mana pengiraannya tapi kita just kena jawab beberapa soalan then result dia akan keluar dalam jumlah hantaran yang sepatutnya..Tryla tengok ek..

Teka teki sengal?

Tadi mase aku check email, aku de dapat teka teki sengal..tapi x tahu pulak aku tahap kesengalannya..korang nilai-nilaikanlah sendiri ek..k tq..

Teka-teki :
HITAM & BERPELUH..HA. .APE2??
Jawapan :
SEMUT HITAM TENGAH BERJOGING..HUHUHU. .

Teka-teki :
APA BENDA BILA MASUK SEGITIGA BILA KELUAR BERGULUNG-GULUNG
Jawapan :
SELUAR DALAM LERRR

Teka-teki :
antara kapal terbang dengan kuih lepat liat,mana satu yang
paling tinggi?
Jawapan :
kuih lepat liat la...sebab kapal terbang sampai langit je,tp
kuih lepat
liat sampi LELANGIT...

Teka-teki :
byk2 kotak,kotak pe yg xleh angkat?
Jawapan :
kotak penaltilah wawawa

Teka-teki :
Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???teka teka
kalo
terrer.....! !
Jawapan :
selipar maner boley buat gali tanah......gune cangkol lar
huehuehueheu! !

Teka-teki :
Bulu bertemu bulu... kulit bertemu kulit... makin tambah rapat
makin
nikmat rasanyer... ( jawaplah kalau bijak hehehe....)
Jawapan :
mata lah jawapan nyer...

Teka-teki :
3 kepala, 6 mata, 8 ka! ki. Apakah Ia?
Jawapan :
Koboi naik kuda bawa ayam.

Teka-teki :
MASA DIA HIDUP KITE NYANYI,MASA DIA MATI KITE TEPUK TANGAN.
Jawapan :
LILIN MASA SAMBUT BIRTHDAY

Teka-teki :
scorpion kaler apa?
Jawapan :
kala jengking la

Teka-teki :
dlm bnyk2 kera, kera ape yg pandai menaip???
Jawapan :
kerani

Teka-teki :
Ada sorang iman, tengah sembahyang lepastu ada sekor anjing
lalu depan
dia..pastu dia jilat kaki dia.. Batal tak air semayang imam tu?
Jawapan :
Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri (Mohd.Sukor)

Teka-teki :
4 org awek berpayung dgn satu payung tp knape tak basah?
Jawapan :
sbab tak hujan

Monday, April 7, 2008

SkreemR Mp3 Search


SkreemR nie adalah salah satu enjin pencarian lagu-lagu mp3..so sape-sape ade masalah nak cari lagu-lagu baru, korang bolehla search pastu download gune site nie..thanks kepada akusape..

Friday, April 4, 2008

Bloggers mula dihargai?

Segmen khas untuk penulis blog setiap Ahad

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan akan mewujudkan satu segmen khas berita setiap Ahad bagi membolehkan penulis blog atau ’bloggers’ memberikan pendapat mengenai pelbagai isu secara langsung menerusi televisyen.

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata program itu selama 20 minit itu akan bermula 20 April ini akan disiarkan di RTM 1 sebagai salah satu segmen dalam Warta Perdana.

Beliau berkata, keputusan berkenaan bukan saja memberi ruang kepada golongan itu meluahkan pandangan masing-masing, bahkan turut membuktikan keterbukaan kerajaan dalam berurusan dengan media alternatif.

“Seperti yang dimaklumkan bahawa kementerian akan lebih terbuka dengan media alternatif, kami akan adakan slot khas ini, yang bertujuan membincangkan sebarang isu semasa atau yang ditimbulkan oleh ’bloggers’.

“Saya percaya ini langkah ke hadapan yang sentiasa ditunggu dan dialu-alukan oleh rakyat,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Angkasapuri di sini, hari ini.

Ahmad Shabery berkata, keputusan itu adalah petanda bahawa kerajaan sentiasa yakin dengan mandat yang diberi oleh rakyat sebelum ini, sekali gus menggambarkan kekuatan kerajaan yang tidak perlu bimbang dan berselindung dalam apa juga keadaan.

Mengulas mengenai pemilihan ’bloggers’ untuk ditemuramah, beliau berkata perkara itu akan ditentukan oleh panel pemilih RTM dari semasa ke semasa, bergantung kepada isu yang dibincangkan. - Bernama

Sumber : Berita Harian

Related Posts with Thumbnails