Saturday, August 21, 2010

Musiibah Bazar Ramadhan - Amaran dari Allah S.W.T..

Bagi mereka yang berfikir, musibah yang meragut 3 nyawa dan 18 lain yang cedera itu sebenarnya AMARAN dari Allah swt. Mengapa penulis katakan itu satu AMARAN?

Apa tidaknya..cuba tuan-tuan bayangkan seawal tengahari (dari pengalaman penulis memerhati) kelmarin bukankah jumaat, ketika ramai jamaah baru pulang dari mengerjakan solat jumaat, sudah kelihatan ramai pekerja(baca-mungkin peniaga) sudah mula sibuk memacak khemah dan mengatur barang jajaan. Laju benar mereka menyudahkan solat, apakah mereka hanya hadir ke masjid sekadar mendengar khutbahnya sahaja?

Jika pun turut bersolat pasti tidak terjangkau akal untuk jadi sepantas itu. Mustahil secepat itu mereka sudah tegak berdiri ditapak bazaar? Maka disini penulis berani mengatakan adanya orang islam yang disibukkan dengan perniagaan itu TIDAK bersolat.

Baik, teruskan bersangka baik, tetapi melihat akan corak pakaian yang langsung tidak sesuai untuk bersolat jumaat,apakah kita kira mereka itu bersolat jumaat? Dengan seluar jeans yang koyak sana sini, t-shirt yang terpampang wajah2 artis, apakah ia sesuai? Yang perempuannya pulak ramai tidak memperdulikan soal aurat.

Malah dari pengalaman penulis bersama peniaga-peniaga bazaar Ramadhan, ramai yang tidak mengerjakan solat Asar dan Maghrib. Begitu juga yang tidak berpuasa. Enteng saja mereka makan dan minum disitu. Tak percaya? Ambil masa dan perhatikan.

Maka tidak hairan, musibah yang berlaku di Melaka itu, adalah satu AMARAN dari murka Allah swt. Jika ditinjau ke bazaar Ramadhan yang disediakan oleh pihak PBT, tandas boleh pulak mereka sediakan..5 – 6 buah diletakkan, tetapi tidak untuk SURAU? Mungkin tapak surau(kontena yang diubahsuai boleh digunakan apa?) itu tidak penting agaknya.

Dari apa yang penulis baca, dan hadam dari peristiwa petaka itu, wajar semua pihak merenung diri dan muhasabahkan apa yang tidak kena sebenarnya. Kembali kepada Islam, dan jadilah peniaga yang sealim Abu Bakar. Wallahuaklam. Dibawah sebahagian foto yang dipaparkan untuk renungan kita bersama.

Kepada magsa yang terbunuh, sama-sama kita sedekahkan Alfatihah, dan kepada mereka yang terselamat dengan kecederaan, masa masih ada untuk untuk merenung diri dimana silapnya..kerana bala dan murka Allah swt, itu diturunkanNya tidak berpilih-pilih, jika turun bala, semua kena..baik manusia, binatang mahupun tumbuh-tumbuhan habis kena sapu!


source : omaq.org

Related Posts with Thumbnails