Monday, August 9, 2010

Pelajar UTHM Kemalangan

TRAUMA...Jafni (duduk) sugul selepas abangnya maut akibat merempuh lori kargo


SEREMBAN: “Sebelum memasuki simpang berkenaan, saya tidak perasan ada sebuah lori berhenti tetapi bernasib baik kerana sempat mengelak daripada melanggarnya. Difahamkan, Muhammad Jafni dan abangnya yang juga pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) masing-masing menunggang motosikal Yamaha 135 LC dalam perjalanan dari universiti itu di Batu Pahat, Johor, menuju ke rumah bapa saudara mereka di Seremban Jaya, di sini.

Mereka yang menuntut di universiti sama dikatakan menunggang motosikal secara berasingan berikutan mangsa tinggal di asrama manakala adiknya menetap di rumah sewa berdekatan di Johor.
Muhammad Jafni berkata, dia tidak berupaya berbuat apa-apa apabila melihat keadaan abangnya kerana terlalu terkejut.
“Ketika itu saya terpaksa meminta bantuan orang awam yang prihatin untuk memaklumkan kejadian itu kepada keluarga,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.“Saya sedih kerana dia (abang) bukan saja tidak dapat melawat bapa saudara, malah turut tidak sempat menyambut ulang tahun kelahirannya ke-24 hari ini (semalam),” katanya.
Muhammad Jafni berkata, jenazah abangnya yang selesai dibedah siasat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) dituntut tengah hari semalam.
Sementara itu, jurucakap polis berkata adik mangsa yang menunggang motosikal di depan sempat mengelak lori terbabit hanya kira-kira 50 meter sebelum itu, namun abangnya gagal berbuat demikian kerana kawasan berkenaan gelap dan tiada lampu jalan.
Menurut jurucakap itu, pihaknya kini mengesan pemandu berkenaan yang melarikan diri dan orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, Inspektor Mohd Hafizal Zainal Abidin di talian 06-6033394 atau balai polis berdekatan.




Related Posts with Thumbnails