Kedah juara Piala Malaysia!!!
KUALA LUMPUR: Kedah muncul juara Piala Malaysia musim 2006/2007 selepas dua jaringan pada babak awal membolehkan skuad Hijau Kuning itu menewaskan Perak, 3-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Kemenangan itu juga melengkapkan musim gemilang barisan pemain kendalian Azraai Khor Abdullah selepas sebelumnya muncul juara saingan Liga Super dan memenangi Piala FA, musim ini.
Kemenangan itu juga melengkapkan musim gemilang barisan pemain kendalian Azraai Khor Abdullah selepas sebelumnya muncul juara saingan Liga Super dan memenangi Piala FA, musim ini.
Aksi permainan disaksikan lebih 80,000 penyokong itu bermula dengan Kedah mempamer corak agresif untuk kerap kali menguji benteng lawan ketika Perak lebih mengharapkan ancaman menerusi gerak serang balas pantas.
Asakan itu mendatangkan hasil apabila Kyril Muhymeen, mendapat hantaran cantik Marlon Alex James pada minit ke-25, memperdayakan Azlan Zainal sebelum merembat kencang menewaskan penjaga gol Perak, Nasril Nordin untuk gol pertama perlawanan.
Belum sempat Perak bangkit mengatur rentak, Kedah sekali lagi menembusi gawang kawalan Nasril menerusi rembatan James hasil umpanan Hasmawi Hassan untuk kedudukan 2-0, seminit kemudian.
Babak kedua terus menyaksikan penguasaan Kedah yang bagaimanapun hampa apabila beberapa peluang awal yang dimiliki, gagal diterjemahkan menjadi jaringan tambahan.
Sembilan minit sebelum tamat, James memastikan Perak pulang dengan penuh sengsara apabila tenang menerima umpanan sebelum meledakkan rembatan menewaskan Nasril untuk gol ketiga Kedah.
Lawati Forum Kelab Penyokong HijauKuning.com
Lawati Forum Kelab Penyokong HijauKuning.com
0 comments:
Post a Comment