Friday, August 13, 2010

Kisah Saudara Baru dan Sami Besar dari India

Peristiwa ni berlaku pada bulan puasa tahun lepas lagi .Sengaja saya ulang siar semula untuk sama-sama jadi renungan kita.


Salam ramadhan..
Malam ini masjid kami menerima kunjungan seorang tetamu yang cukup Istimewa,beliau adalah seorang saudara baru dari bangsa india.Nama Islamnya,Abdul Manan Abdullah.
Apa yang menjadikan beliau seorang yang istimewa ialah berkenaan latar belakang beliau.

Beliau adalah anak kepada salah seorang sami hindu di Batu Cave,Selangor.
Memeluk Islam Islam lebih kurang 3 tahun lepas.Nama asal dan latar belakang beliau terpaksa dirahsiakan demi keselamatan Abdul Manan.
Setelah mengetahui beliau memeluk Islam,beberapa cubaan bunuh telah dihadapi oleh beliau,Asalnya beliau bekerja sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah kerajaan ,kini Abdul Manan telah meletakkan jawatan dan berhijrah ke Kelantan.

Di Kelantan,dia lebih selesa menumpang tidur dari masjid ke masjid kerana bimbang keselamatan beliau terancam jika tinggal di satu-satu tempat dengan tetap.

Mungkin kerana bimbangkan keselamatan nyawa beliau ayah Abdul Manan yang masih lagi seorang hindu telah mengistiharkan bahawa anaknya telah mati dan telah membuat upacara kematian sebagaimana mengikut agama hindu.

Kini orang-orang kampung beliau menyangka yang Abdul Manan benar-benar sudah meninggal dunia.
Semasa masih menetap di selangor,saudara Abdul Manan giat menjalankan aktiviti dakwah dan membantu JAIS dalam menjalankan operasi pencegahan maksiat.
Sepanjang lebih 3 tahun memeluk Islam ,Abdul Manan sudah mengislamkan berpuluh-puluh orang-orang hindu di Malaysia.Oleh kerana itulah nyawa beliau sentiasa terancam dan beliau pernah ditikam oleh dan juga pernah di hiris pergelangan kakinya oleh pelampau HINDRAF yang marah kepadanya kerana sudah mengislamkan ramai orang-orang hindu.Akibatnya kaki beliau lumpuh dan kini beliau memakai kaki palsu hasil dari pemberian Tuan guru Nik Abdul Aziz.

Saudara Abdul Manan menceritakan saat-saat awal beliau tertarik kepada Islam apabila telah diarahkan oleh pihak kuil Batu Cave untuk mengetuai beberapa orang pemuda hindu untuk mengintip ceramah daripada bekas-bekas penganut hindu yang memeluk Islam disekitar masjid-masjid berdekatan.

Menurut beliau,setelah mendengar penerangan mengenai Islam dari saudara-saudara beliau yang telah memeluk Islam ada diantara pengintip-pengintip hindu yang bersama beliau menangis kerana mengakui kebenaran Islam.Satu demi satu kawan-kawan beliau telah memeluk Islam termasuklah beliau sendiri kini telah mengakui kebenaran Islam.

Antara cerita menarik dari Abdul Manan sewaktu zaman jahiliahnya ialah,mengikut agama hindu ,dalam satu tahun ada satu bulan yang seolah olah diharamkan sembahyang atau pergi ke kuil pada bulan itu.Pada bulan itu semua penganut hindu diseluruh dunia tidak akan pergi ke kuil.

Kerana menurut beliau bulan itu menjadi satu misteri kepada penganut hindu.Pada bulan itu seolah-olah patung-patung dewa mereka tidak ada kuasa.Apa saja yang diminta tidak akan diperkenankan oleh dewa-dewa mereka.Seolah-olah dewa-dewa mereka yang selama ini menjadi penunggu patung tersebut bagaikan terpenjara dan tidak dapat menunaikan hajat mereka.

Apakah bulan misteri itu?
Bulan tersebut adalah bulan mulia bagi orang Islam ,Bulan Rahmat,iaitu bulan Ramadhan.
Setelah beliau memeluk Islam barulah rahsia itu terbongkar kata Abdul Manan.Ini kerana bila tiba bulan Ramadhan semua syaitan-syaitan yang menjadi penunggu patung-patung tersebut telah diikat oleh malaikat atas arahan Allah.

Oleh kerana latar belakang beliau dlm agama hindu sebelum ini,beliau sering menjadi tumpuan samaada dari saudara baru atau pemimpin-pemimpin hindu. Abdul Manan juga menceritakan tidak berapa lama dulu ada seorang sami besar dari India datang berjumpa dengannya sewaktu beliau masih berada di Selangor.
Mengikut Abdul Manan sami tersebut yang berumur lebihkurang 93 tahun itu telah datang berjumpa beliau pada jam lebihkurang pukul satu pagi.

Sami itu telah meminta beliau membawanya ke kawasan perkuburan orang-orang Islam.
Dengan menaiki teksi saudara Abdul Manan dan Sami tersebut sampai lah ketempat tujuan.
Dipendekkan cerita, setelah sampai ke kubur,sami besar itu telah membuka satu buku atau mungkin kitab dan setelah itu Sami tersebut telah melafaskan Kalimah Syahadah di situ ,di hadapan Abdul Manan.
Apa yang berlaku selepas itu tidak diketahui kerana Saudara Abdul manan hanya berhenti disitu.
Selepas menceritakan kisah Sami tersebut kelihatan Abdul Manan mengesat airmata..
Wasalam..

-ijoks2009-

Semoga cerita ini memberi kebaikan bagi kita semua dunia dan akhirat.Allahuakba,.Allahuakbar,Allahuakbar


sumber : ijoks2009

0 comments:

Related Posts with Thumbnails