Wednesday, October 3, 2007

Bukak Puasa Sesi 1428 Hijrah

Salam semua..nampak gayanya dah lama aku tak berkarya di alam maya nih..mungkin kesibukan kerja menghalang aku daripada menjalankan tugas sebagai penyebar maklumat dikalangan rakan2..walaubagaimanapun aku telah mengisi masa yang terluang itew dengan majlis berbuka puasa dengan rakan-rakan sekelas..macam biasa yang telah dilakukan ramadan tahun lepas, majlis kali ini berlangsung dengan penuh sederhana di ayu seafood, seri serdang..kedai yang aku pilih kali nie amat dipersetujui oleh rakan-rakan semua memandangkan ianya mudah untuk sampai ke situ (bagi budak-budak perempuan yang berjalan kaki) kerana ia terletak tak jauh dari kolej penginapan..Kali nie aku dan faidhil - my asisstant, telah menjemput cik aliaa, tutor geomatik kami dulu untuk bersama-sama memeriahkan majlis..tapi x sangka pulak yang dia nie pandai mengambil gambar ghupenyer..huhu..siap bawak dslr lagik..cayalah..apapun thanksla kepada cik aliaa kerana sudi hadir ke majlis dan juga mengambil gambar kami..hehe..

Wiwin dan Cik Aliaa

Nawal Faidhil dan Fizah

Rakan-rakan seperjuangan

Mari kita menjamu selera


Terima kasih kepada semua kerana sudi hadir ke majlis berbuka puasa kelas kita sesi 1428 Hijrah kali ini..Kehadiran anda semua amatlah dihargai..InsyaAllah, tahun depan kita jumpa lagi di tempat dan menikmati menu yang lebih menarik..Sekian, jumpa lagi...





1 comments:

aliaaroslan said...

lenkali kalo buat lagi makan2 panggil saye tau.. nanti kite amek gambar banyak2 lagi.. hehe..

Related Posts with Thumbnails